Tuesday, November 27, 2012

#03 Registration Akaun Contest

Berikut merupakan langkah-langkah untuk Registration Akaun Contest :

1. Sila layari laman web InstaTrader

2. Seterusnya, klik pada tab For Traders >> Contests>>Real Scalping>>Registration


3. Buka InstaTraderContest >> File >> Login >> Pilih Server : InstaforexContest.com



Done!

#02 Install InstaTrader

          Sistem platform dagangan InstaTrader merupakan salah sebuah sistem paling dinamik, platform-platform dagangan yang berkembang.
          Terminal dagangan di InstaTrader bukan sahaja membolehkan kita menutup urusniaga berdagang di pasaran forex malah mendapat sebutharga harga dalam bentuk pasangan matawang asas, campuran dan juga indeks-indeks saham seluruh dunia, serta berita syarikat dan tinjauan.

Berikut merupakan langkah-langkah untuk install InstaTrader :

1. Sila layari laman web InstaTrader >> Klik pada Platform Dagangan MetaTrader


2. Muat turun : Download MetaTrader 4 Trading Platform


3. Seterusnya, sila drag itc4setup.exe ke desktop >> Run

4. Run program tersebut sebanyak 3 kali dengan rename Installation folder dan Program group  kepada "InstaTraderPro", "InstaTraderDemo" dan "InstaTraderContest".


5. Done!





Monday, November 26, 2012

#01 Proses Intenet Banking

          Perbankan dalam talian atau Online banking (Internet banking @ e-banking) memberi kemudahan kepada pengguna kepada sesebuah institusi perbankan untuk menjalankan atau mengawal transaksi kewangan mereka melalui talian internet. Ia diuruskan sendiri oleh institusi perbankan tersebut yang memberi kemudahan untuk pengguna menguruskan akaun, tambah nilai prabayar, pembayaran bil dan pelbagai lagi.

          Perbankan dalam talian memberi banyak keistimewaan kerana pengguna tidak perlu ke bank untuk melakukan semua urusan perbankan. Malah, pengguna dapat menjelaskan semua bayaran bil hanya di hujung jari mereka 24 jam 7 hari seminggu. 

Proses Membuka Akaun Bank
   
  
Bahagian 1 - Kaunter Pertanyaan 

1. Pemohon menyatakan berkenaan pembukaan akaun di kaunter pertanyaan.

2. Pemohon akan diminta untuk memberikan kad pengenalan dan membuat pengesahan cap jari.

3. Selepas pengesahan kad pengenalan, pemohon akan mendapat maklumat mykad pemohon dan nombor 
    giliran untuk ke kaunter perkhidmatan.

Bahagian 2 - Kaunter Perkhidmatan

1. Setelah tiba giliran pemohon, pemohon akan menuju ke kaunter perkhidmatan untuk membuat pengesahan 
    maklumat pemohon.

2. Terdapat beberapa borang yang perlu ditandatangan pemohon antaranya ialah borang pengakuan, borang 
    terma dan syarat, dan lain-lain.

3. Pemohon akan menunggu pengesahan daripada pihak atasan sebelum diberikan nombor akaun bank.

4. Setelah menerima nombor akaun, pemohon perlu menuju ke mesin deposit tunai untuk mendepositkan 
    RM 250 untuk dijadikan sebagai simpanan di dalam bank tersebut.

Bahagian 3 - Meja Penerimaan Kad ATM

1. Kemudian nama pemohon akan dipanggil untuk penerimaan kad ATM.

2. Di meja tersebut, pemohon akan menandatangani kawasan sebelah belakang kad ATM tersebut.

3. selesai menandatangan, pemohon akan menerima satu siri nombor keselamatan.

4. Pemohon akan menuju ke mesin ATM untuk menukarkan nombor keselamatan tersebut dengan nombor 
    pin yang baru.

  
Proses Membuat Perbankan Internet 



Bahagian 1 - Membuat e-pin

1. Pemohon akan memerlukan e-pin sebelum dapat mendaftar untuk perbankan internet. Oleh itu, pemohon 
    perlu ke mesin ATM untuk membuat e-pin.

2. Di mesin ATM, pemohon perlu mengikut laluan berikut pada mesin ATM:-

「Lain-lain > CIMB Clicks > CIMB Clicks e-Pin」 



3. Kemudian, pemohon akan diminta untuk memasukkan nombor e-pin.

「PERHATIAN: Nombor e-pin tidak boleh sama dengan nombor pin ATM」

4. Setelah memasukkan nombor e-pin dan mengesahkannya, pemohon perlu memasukkan nombor telefon 

    pemohon untuk penerimaan alamat sesawang dan memuat turun Perbankan Mudah Alih CIMB Clicks.


Bahagian 2 -Membuat Akaun Perbankan Internet

1. Pemohon perlu ke Daftar Perbankan Internet CIMB Clicks untuk membuat akaun Perbankan Internet.

2. Pemohon akan mengisi maklumat di ruang yang disediakan. Antara maklumat yang diperlukan ialah Nombor kad ATM pemohon, nombor e-pin CIMB Clicks, nama ibu, dan alamat e-mel pemohon. 


3. Pemohon juga perlu membuat ID, katalaluan dan 'SecureWord' pemohon, dan juga mengisikan ruang 'Enter your Introducer's Details'. 



4. Setelah membaca menerima Terma dan Syarat perbankan internet, pemohon hanya perlu klik pada butang 'Submit' untuk menghantar maklumat pemohon atau klik pada butang 'clear' untuk mengosongkan kawasan ruang maklumat yang telah diisi. 


Done!